Saturday, December 22

santai di petang sabtu~ ^_^


Niat à hari ni nak baca notes Document Examination dgn gigih..!
Reality à melancarkan sesi sembang pagi petang siang malam tanpa henti dgn adik..!!!

Betul la org cakap…niat x menggerakkan kerja kalau x ada usaha..
Usaha lebih…hasil nya pun lebih..kan3?      

Hasil dari bacaan sebesar kuman di bawah microscope..
Aku dah boleh buat theory sendiri..  ^^
Haa…dlm notes tulis..tulisan seseorang dipengaruhi oleh banyak factor..
Salah 1 nye ialah tahap pendidikan dan pengetahuan..~
bila fikkir2 semula..org selalu kaitkan doctor dgn siri tulisan yg macam cacing pita yg meliang-liuk dlm badan manusia tu...eeeww~
hmmm..doctor cerdik kan? Tapi tulisan tahap x boleh bawak berbincang…
mungkin lah x semua..tapi kebanyakan nye…kompem semua sedar kan?

Then, theory aku ---------à tulisan aku bukan x cantik..
Tapi kurang sikit je seni nya…
So…x chantek = cerdik?  
Ohh myy…perasaan malas nak teruskan study dah muncul..! 
Kat bawah ni adalah kajian personality melalui tulisan dari Dr.fadzilah Kamsah.. J
Let’s roll oke…tak semua betul..tapi ada yg betul~

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
à Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
à Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
à Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
à Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
à Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
à Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
à Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
à Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
à Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
à Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
à Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
à Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
à Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
à Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
à Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

No comments: