Friday, March 23

sujud atas nikmat-MU



Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari bahaya dan malapetaka. 
Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur..

Dari Abu Bakrah: 
Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. 
-HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi-

Firman Allah yang bermaksud :

“….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. .(Surah Luqman : 12)
cara sujud syukur:-
1. Niat 
2. Takbiratul Ihram 
3. Sujud (sekali sahaja) 
4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

kadang2.....perkara2 yg nampak simple mcm ni.
kita xpenah nk peduli kan?
hmmm..

2 comments:

Anonymous said...

bkn tu bacaan sjud sajadah ka??

zAhIdA ALi said...

emm...biasa nye mmg bace ayt 2 utk sjud sejadah..
tp, d sbb kn xde bacaan khusus utk sjud syukur..
kite boleh baca ayt 2 jgak..
even bacaan sjud masa solat biasa 2 pon kite boleh baca.
nie dari ape yg saye penah bace n dgar lah..
wallahualam.. :)