Wednesday, July 31

-HARI PAHLAWAN 2013-

selamat hari pahlawan.
pejuang bangsa...pejuang negara...pejuang agama.
mohon ketelusan jiwa dan etika menjadi paksi kerja.
menjunjung amanah sang pencipta.

sambutan tahun ni berkisar tentang kisah pencerobohan lahad datu.

Wahai Isteriku, 
maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..
jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, 
maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada 
disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, 
ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, 
sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, 
maafkan anakanda kerana memilih kerjaya 
yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, 
maafkan aku andai aku gugur di medan perang. 
Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..

# the last teary words from the VAT69.
# may ALLAH bless our country.

No comments: