satu definisi yang dipelbagai erti..
rencah dalam meniti usia..
kita dipertemukan dengan berbagai ragam manusia..
berdua bersahabat..bukan penentu hati kalian satu..
berjuta teman...bukan pasti ragamnya setiap satu..
kita sama..
walau bergema pelusuk dunia kau laung kita berbeza..
aku yakin...kita tetap sama~
kita sama usia tika mula bertatih mengenal dunia.
sama bermengah tika mula menapak mengharungi liku jalan..
sama resah meraba dalam kegelapan masa hadapan..
sama mengharap ada huluran tangan memimpin kita hingga ke pengakhiran.
aku juga yakin..mimpi kita juga sama..
ingin mencari ruang kehidupan yg senantiasa dilimpah cahaya.
mahu lalui jalan yg jelas penamatnya secara zahir di depan mata.
punya bahagia tanpa duka sekelumit rasa.
tapi aku pasti..realiti arif dalam membunuh fantasi..
kaku kaki saat hati berbelah bahagi..
apa harus terus melangkah dalam seribu ketidakpastian?
tanpa sedar kita lelah menerus langkah..
kaki yang dulunya gagah kini mula goyah..
terduduk lesu mengenang hari-hari semalam yang hilang..
menghitung hari-hari mendatang yang bagai tak punya siang..
kita punya hari yg sentiasa malam...kelam~
kau sakit..aku turut merasa perit.
percayalah...kerana kita sama~
bukan kejatuhan kau yg aku dahaga..
bukan kemenangan kau yg berkejar ku ingin sanjung dari mula..
aku mahu KITA..!!
kita yg sama-sama bangkit mengejar cita..
kita yg sama-sama meninggalkan duka semalam sejauh pandangan mata..
bangkitlah sahabat...kawan...teman...rakan..
teguhkan hati....tetapkan iman...teruskan jalan..
teguhkan hati....tetapkan iman...teruskan jalan..
kita hanya mampu merancang kehidupan yg bakal mendatang~
No comments:
Post a Comment