Friday, November 23

yang dulu...

rindu.!
mahu kembali menyusuri kisah lama.
jalanan cerita yang penuh rencah.
tika hati masih semurni jiwa
fikiran masih belum di racuni dunia.

benci.!
diri mula hanyut.
bersama aliran rasa hati.
lebih bertuankan jiwa rapuh.
hidup penuh racun dan berpagar duri.

sakit.!
hati parah..jiwa resah.
terpalit erat segala rasa.
dendam mula melemaskan jiwa.
keterbiasaan diri mula menghilang.

gusar.!
aku yang kian menginjak usia.
masih gigih menabung khilaf.
masih menjejak caturan yang tak punya arah.
hidup bersama setiap zarah dosa dan noda.

punyakah aku ruang bermuhasabah?
hentian nyawa hanya secangkir cuma.
ku mula menagih merayu sang pencipta.
kesedaran mula membalut jiwa.
moga ku punya hari2 yang mendatang.
tidak ku mahu lagi hidup bagai lalang~

<zyrOs>

No comments: